PPSMI....Perlukah dimansuhkan?

nah...isu yang pernah hangat suatu ketika dulu.
tapi masih terngiang-ngiang di kepala betapa sayangnya program ini dimansuhkan walhal ini ppsmi ini boleh membawa banyak kebaikan. tapi saya tak faham kenapa rakyat begitu agresif menentang perlaksanaan ini? saya tak salahkan juga rakyat kerana mereka cuma ingin mempertahankan martabat bahasa melayu. martabatkan? cuba kita lihat dari sudut pandangan saya

PPSMI, mampu meningkatkan penguasaan bahasa ingeris di kalangan pelajar. kenapa bahasa inggeris penting? satu, seperti yang kita tahu bahasa inggeris merupakan bahasa anatarabangsa yang perlu dikuasai oleh semua orang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang sedunia. dan di peringkat sekolah, kalau hanya satu subjek yang mengajar english, ianya tidak cukup bahkan pelajar hanya mengambil mudah dengan subjek english ini. Bagaimankah PPSMI mampu menggugat kedudukan bahasa melayu? Bahasa melayu sudah sedia daulat dan berkedudukan tinggi. kerana, di rumah pelajar juga bertutur dalam bahasa melayu. Bahasa melayu. Di sekolah, sudah berapa banyak subjek yang diajar dalam bahasa melayu? hanya dua subjek yang ditambah daripada 10 subjek yang diajar. Di luar kelas selepas pnp, murid berinteraksi dengan mereka sesama sendiri dan juga guru-guru dalam bahasa melayu. Bagi saya martabat Bahasa melayu ini sudah cukup tinggi. sehingga bahasa ibunda pun tergugat. Ini saya setuju kerana penggunaan bahasa melayu yang meluas serba sedikit menggugat penggunaan bahasa ibunda di kalangan bumiputra sabah dan sarawak.

buku rujukan sains dan matematik yang berada di perpustakaan umumnya semua dalam bahasa ingeris di peringkat pengajian tinggi? Ya.....pelajar akan terkapai2 mencari buku dalam penterjemahan melayu. mo sangat diajar dalam bahasa melayu, mengapa tak terjemahkan buku2 rujukan itu dalam bahasa melayu kesemuanya? Haruslah difahami bahawa PPSMI ini juga ingin mendedahkan perkataan2 saintifik dalam bahasa Inggeris. Tapi apa bezanya sedangkan bahasa melayu juga banyak menggunakan perkataan pinjaman daripada bahasa inggeris dan cuma menukar bentuk ejaannya. saya pernah terjumpa satu perkataan, "wayarles" di akhbar. saya tersenyum kerana perkataan ini ada kata seerti yang lain iaitu, tanpa wayar. kenapa perlu guna perkataan pinjaman. banyak lagi perkataan lain yang saya jumpa. PPSMI ini diprotes habis-habisan tapi perkembangan bahasa melayu juga terdapat duri dalam daging. tidak dipersoalkan secara besar-besaran?

Kalau dikatakan PPSMI telah menyebabkan keputusan akedamik dalam subjek sains dan matematik ini merosot, saya akan katakan tidak. Kerana saya juga merupakan perintis dalam program PPSMI dan semasa awal pendedahan kami terhadap program ini, tidak ada masalah langsung dan mudah difahami. saya sendiri tidak pernah bertutur bahasa english di luar sekolah juga mampu menguasai subjek sains dan matematik. rakan2 saya juga tidak ada masalah langsung memahami sesi PNP. Keputusan PMR yang kami perolehi juga amat memberangsangkan dan meningkat di seluruh malaysia. nah.....sudah sedia maklum! janganlah masih ingin menyuluh yang sudah terang benderang. Tapi apa yang berlaku baru-baru ini juga mungkin ada silapnya. keputusan dalam sains dan matematik menurun juga mungkin ada silap kerajaan. kerana pendedahan yang terlalu awal di peringkat sekolah rendah mungkin terlalu mengejut. perlulah dilakukan dalam peringkat menengah agar mereka sudah sedia maklum dan pendedahan bahasa inggeris di sekekliling mereka cukup untuk mereka mmbuat persediaan melangkah masuk ke sekolah menengah dan Belajar maths dgn sains dlm bhsa malaysia.

banyak lagi kebaikkan PPSMI jika diperhatikan. kalau ingin mengembangkan bahasa Melayu diperingkat antarabangsa, tidak semstinya melalui akademik domestik. Klau dikaji dengan lebih mendalam lagi, PPSMI mampu membawa kemajuan kpda negara....siapa tahu. tetapi itu cumalah pendapat saya.....masing-masing mempunyai pendapat. Sebab itu tun mahathir mengeluh dan masih tidak setuju dengan pemansuhan ini. tepuk dada tanya selera.

Guru oh guru......

Guru itu jurutera bangsa.

Guru itu penggerak negara.

Guru itu pendidik bangsa


Guru itu jurutera pembangunan negara.


Ya....sudah sedia maklum tanggungjawab seorang guru. Betapa beratnya beban dan janji yang dipikul oleh guru-guru malaysia. Sehingga ada ibu bapa yang memberi pengharapan penuh kepada ibu dalam melaksanakan usaha mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Malah ada yang meletakkan tanggungjawab mendidik membimbing anak-anak mereka 100% kepada guru. Bagaimana guru seorang mampu menjaga budak yang begitu ramai daripada anak mereka sendiri? Hai....sia mengeluh ni? hehehe....ibu bapa sekarang sudah pandai mengambil kesempatan terhdapa guru-guru. bukankah tanggungjawab mendidik sahsiah anak itu lebih kepada ibu bapa kerana anak-anak mereka membesar bersama mereka, merancang bersama mereka. Ibu bapa harus faham guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan bukan hanya seorang tetapi beratus budak-budak dibawah jagaannya. Mengapa ibu bapa menyandar tanggungjawab mereka kepada guru sedangkan pendidikan yang paling efektif ialah melalui ibubapa sendiri? Sibuk? menteri pun sibuk tetapi kebajikan anak tetapi dijaga. artis holiwood jangan disangkal lagi kerana mereka amat menitik berat soal keluarga daripada kerjaya mereka sebagai selebriti namun keseimbangan antara kerja dengan keluarga masih boleh dikecapi. Guru-guru mungkin mempunyai keluarga tersendiri. Jadi timbang rasa itu perlulah ada...

Tetapi saya hairan juga dengan sikap ibu bapa zaman sekarang. ada cikgu saya di sekolah lama meluahkan perasaan tidak puas hati dengan ibu bapa sekarang. Apabila guru menegur anak, anak naik hantu dan lapor kepada ibu bapa. hanya kerana teguran itulah ibu bapa sanggup datang ke sekolah untuk menegakkan keadilan terhadap anak mereka. bodoh.... Anak sendiri sudah melanggar peraturan tapi masih ingin menegakkan kebenaran. ceh! kalau kaya sangat hantar lah anak ko p skolah private....teda rules.......Pelajar dimarah untuk kebaikan mereka dan itu adalah sebahagian daripada proses mendidik. Selagi guru itu menegur, marah, kenalah sedar bahawa guru itu masih sayang dan mengambil berat dengan murid. tetapi jika guru itu meluat dengan karenah student, maka fikirkanlah sendiri.

Satu lagi berkenaan guru. Tanggungjawab guru yang berat. Dalam sekumpulan 100 guru, hanya berapa orang guru yang mengambil tanggungjawab ini secara serius? Bukan apa tapi saya sedar sebilangan guru buat endah x endah dengan kerjaya mereka seakan-akan pergi kerja dan pulang rehat, tunggu gaji bulan2. Saya sedih dengan sebilangan guru yang masuk kelas, duduk sepanjang kelas, kurang interaksi dan mengajar dengan membaca teks sahaja. Penggunaan lcd dan powerpoint membantu mereka dalam mengambil jalan mudah mengajar murid. membaca sambil menekan butang enter.....Murid gagal, salahkan kerajaan. salahkan murid sendiri tidak berusaha, mengharap penuh kepada guru. bagaimana seorang murid itu boleh berjaya tanpa bimbingan guru? hmm....terutama sekali guru lelaki. saya pun masih menuntut di pengajian tinggi dan masih bergurukan lecturer....tapi dalam masa 5 tahun lagi, sia akan bergelar guru. Pertama sekali saya kenala set minda supaya serius dalam bidang ini. kerana saya tidak ingin dilabelkan guru tidak berkualiti. walauapapun itulah norma kehidupan. hanya menunggu masa bila manusia akan ada kesedaran sivik. saya ni bukanlah sempurna tapi saya juga dalam usaha pembaikkan sahsiah diri. Kalau saya ada usaha, kenapa tidak anda?

Selamat tinggal KML.....


kenapa tu? kenapa bubye? sebab sa suda kuar kml la....sudah setahun lebih saya belajar di labuan. Tapi sekarang, sa bawa elaun and angkat kaki, chow. Happy gila tyme mo kuar.....Sebab kenapa? di kml, setiap hari ada lecture yang boleh meletopkan kepala. tak habis itu, datang yang lain. sumbat sana sumbat sini. stress! tutorial pun saya langsung tak tau buat. subjek makananan saya pun boleh jadi subjek menjelekkan. tapi x mengapa sebab destinasi seterusnya ialah di IPGM kent, Tuaran yang dahulunya dikenali maktab kent. tapi, sekian lama saya sudah disini, perasaan rindu dengan kml tu tiba2 muncul sedangkan kml itu lah yang sering saya komplain dulu.

Kawan-kawan. lecturer dan suma masih terngiang-ngiang di kepala. bila terkenang balik bleh gian rasa dia. kadang-kidang saya terkenang lepak sama kawan2 di sana. ketawa dengan bestfren saya....lepak di cafe. byk lah. Seakan2 perkara yang baik lebih banyak drpda perkara yang buruk di kml.
Inilah manusia......masa benda tu kita gengam x dihargai, sudah bila sampai masanya benda tu tiada, kita tercari-cari. menyesal sebab tak pernah hargai masa2 gembira yang pernah kita kecapi.... bukan mo cakap menyesal keluar kml, tetapi yang baik itu terus diingatan. yang buruk jangan dikenang. Hidup di IP, masih dalam keadaan terumbang ambing. kawan2 baru masih lagi tercari-cari hati budi masing2. walaupun best, tapi belum tentu mereka semua berhati mulia dan ikhlas dalam persahabtan. sebab saya sentiasa pegang ayat ni sampai mati. rambut sama hitam, hati lain-lain kita tak tahu. dan saya takkan pernah percayakan orang seratus peratus melainkan keluarga saya. kita lihat dan tunggu.....tapi rasanya mereka semua baik2 belaka. cuma kita mengembaralah bersama masa.....sebab yang baik itu tidak sentiasa datang terus menerus. masih terlalu awal untuk menilai seseorang.
walauapapun, saya mengharapkan kemunculan bestfren yang boleh saya luahkan isi hati saya macam di kml. sedangkan d IP pun bikin stress bah. hehehe....sebab dengan luahan itu melegakan seseorang dan saya mengambil alternatif itu. bestfren saya pun skrg di semenanjung and tawau......jauh di mata........tapi dekat dalam handfon. hehehehe.............


some photos of me n my friends

selamat datang

Senang rasanya klu ada blog sebab semua pemikiran tertulis di papan screen lepas tu suma org berpeluang menilai dan mengkritik akal fikiran kita. pastu apa? pastu femes la..hehehe. dan blog kita ni tersurat untuk dibaca sesiapa saja malah sedunia untuk dikongsi. Syukur kita hidup di negara demokrasi dan sememangnya kita berhak bersuara untuk kepentingan sejagat juga. btul ka nda? tetapi ada persoalan menyatakan "adakah rakyat malaysia sudah benar-benar ready untuk bersuara?" kenapa tidak? sedangkan kita mempunyai hak kemanusiaan dan tidak salah untuk seseorang itu meluahkan pendapat dan idealoginya bahkan itulah bibit permulaan perkembangan dari aspek budaya dan masyarakat dan masyarakat itulah yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara. hehehe....mungkin kita lalai dan lupa bahawa kebebasan bersuara itulah juga berpotensi menjadi racun dalam perpaduan masyarakat. Pendapat 'main hentam saja' boleh mempengaruhi pemikiran rakyat dan hanya kerana serangkap kata mampu mencetuskan huru hara. seperti kes-kes blogger yang banyak ditahan polis kerana menyuarakan pendapat yang tidak berasas dan tiada batasan. selalunya blog2 seperti ini berbaur fitnah, hinaan, kontroversi, sensitiviti kaum dan agama dan macam2 lagi. Dengan rangkap-rangkap ayat ini, rakyat boleh mengubah persepsi mereka dari sesuatu yang positif kepada negatif dan seterusnya nama baik pihak tertentu menjadi arang yang dipijak. apa akan terjadi jikalau ini terjadi dalam masyarakat dan negara kita? kadang-kadang manusia hilang kewarasan semasa menaip. kuat makan tuhau mangkali. hehehehe...tetapi itulah juga keburukan kebebasan yang diberikan kepada kita sehingga sesetengah orang menjadi taksub dan mula bermaharajalela namun lupa akar umbinya.

walauapapun, kita masih berpeluang berpendapat dan menempatkan akal fikiran kita di ruang khas disediakan untuk dikongsi bersama. apa itu? apa ini? kenapa dia, kenapa beliau? kita kongsi maklumat bersama dengan penerapan nilai-nilai moral seiring dengan kewarasan. Pertikaian, perbahasan dan percanggahan kita selesaikan dengan baik untuk kebaikan sendiri dan mengubah cara kita berfikir bukan sahaja dari aspek diri sendiri tetapi juga mengambil contoh aspek orang lain. persepsi yang berbeza-beza itu lah yang mengajar kita dalam mengembangkan idealogi bukan menempatkan kita di bawah tempurung. peace!

Click To support kama....

About Me

My photo
Penampang Sabah, disanalah tumpahnya darah saya. aiasehmen.... berminat dalam bidang nyanyian dan hiburan. walau apapun, tak kenal makan tak cinta...

Pengalaman mengajar kita....

Buat pertama kalinya saya mula menulis blog untuk tatapan semua......pandai2 suda. tapi nda pa. segala informasi dan cerita pengalaman hidup bukan sahaja untuk dijadikan pedoman untuk diri sendiri tapi juga untuk yang lain. terutama sekali bila kita jatuh dan bangun semula. kerna itulah....hari kita x selalu indah....malah keburukan itu datang dri kita sendiri

Chat ja la....