PPSMI....Perlukah dimansuhkan?

nah...isu yang pernah hangat suatu ketika dulu.
tapi masih terngiang-ngiang di kepala betapa sayangnya program ini dimansuhkan walhal ini ppsmi ini boleh membawa banyak kebaikan. tapi saya tak faham kenapa rakyat begitu agresif menentang perlaksanaan ini? saya tak salahkan juga rakyat kerana mereka cuma ingin mempertahankan martabat bahasa melayu. martabatkan? cuba kita lihat dari sudut pandangan saya

PPSMI, mampu meningkatkan penguasaan bahasa ingeris di kalangan pelajar. kenapa bahasa inggeris penting? satu, seperti yang kita tahu bahasa inggeris merupakan bahasa anatarabangsa yang perlu dikuasai oleh semua orang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang sedunia. dan di peringkat sekolah, kalau hanya satu subjek yang mengajar english, ianya tidak cukup bahkan pelajar hanya mengambil mudah dengan subjek english ini. Bagaimankah PPSMI mampu menggugat kedudukan bahasa melayu? Bahasa melayu sudah sedia daulat dan berkedudukan tinggi. kerana, di rumah pelajar juga bertutur dalam bahasa melayu. Bahasa melayu. Di sekolah, sudah berapa banyak subjek yang diajar dalam bahasa melayu? hanya dua subjek yang ditambah daripada 10 subjek yang diajar. Di luar kelas selepas pnp, murid berinteraksi dengan mereka sesama sendiri dan juga guru-guru dalam bahasa melayu. Bagi saya martabat Bahasa melayu ini sudah cukup tinggi. sehingga bahasa ibunda pun tergugat. Ini saya setuju kerana penggunaan bahasa melayu yang meluas serba sedikit menggugat penggunaan bahasa ibunda di kalangan bumiputra sabah dan sarawak.

buku rujukan sains dan matematik yang berada di perpustakaan umumnya semua dalam bahasa ingeris di peringkat pengajian tinggi? Ya.....pelajar akan terkapai2 mencari buku dalam penterjemahan melayu. mo sangat diajar dalam bahasa melayu, mengapa tak terjemahkan buku2 rujukan itu dalam bahasa melayu kesemuanya? Haruslah difahami bahawa PPSMI ini juga ingin mendedahkan perkataan2 saintifik dalam bahasa Inggeris. Tapi apa bezanya sedangkan bahasa melayu juga banyak menggunakan perkataan pinjaman daripada bahasa inggeris dan cuma menukar bentuk ejaannya. saya pernah terjumpa satu perkataan, "wayarles" di akhbar. saya tersenyum kerana perkataan ini ada kata seerti yang lain iaitu, tanpa wayar. kenapa perlu guna perkataan pinjaman. banyak lagi perkataan lain yang saya jumpa. PPSMI ini diprotes habis-habisan tapi perkembangan bahasa melayu juga terdapat duri dalam daging. tidak dipersoalkan secara besar-besaran?

Kalau dikatakan PPSMI telah menyebabkan keputusan akedamik dalam subjek sains dan matematik ini merosot, saya akan katakan tidak. Kerana saya juga merupakan perintis dalam program PPSMI dan semasa awal pendedahan kami terhadap program ini, tidak ada masalah langsung dan mudah difahami. saya sendiri tidak pernah bertutur bahasa english di luar sekolah juga mampu menguasai subjek sains dan matematik. rakan2 saya juga tidak ada masalah langsung memahami sesi PNP. Keputusan PMR yang kami perolehi juga amat memberangsangkan dan meningkat di seluruh malaysia. nah.....sudah sedia maklum! janganlah masih ingin menyuluh yang sudah terang benderang. Tapi apa yang berlaku baru-baru ini juga mungkin ada silapnya. keputusan dalam sains dan matematik menurun juga mungkin ada silap kerajaan. kerana pendedahan yang terlalu awal di peringkat sekolah rendah mungkin terlalu mengejut. perlulah dilakukan dalam peringkat menengah agar mereka sudah sedia maklum dan pendedahan bahasa inggeris di sekekliling mereka cukup untuk mereka mmbuat persediaan melangkah masuk ke sekolah menengah dan Belajar maths dgn sains dlm bhsa malaysia.

banyak lagi kebaikkan PPSMI jika diperhatikan. kalau ingin mengembangkan bahasa Melayu diperingkat antarabangsa, tidak semstinya melalui akademik domestik. Klau dikaji dengan lebih mendalam lagi, PPSMI mampu membawa kemajuan kpda negara....siapa tahu. tetapi itu cumalah pendapat saya.....masing-masing mempunyai pendapat. Sebab itu tun mahathir mengeluh dan masih tidak setuju dengan pemansuhan ini. tepuk dada tanya selera.

0 comments:

Click To support kama....

About Me

My photo
Penampang Sabah, disanalah tumpahnya darah saya. aiasehmen.... berminat dalam bidang nyanyian dan hiburan. walau apapun, tak kenal makan tak cinta...

Pengalaman mengajar kita....

Buat pertama kalinya saya mula menulis blog untuk tatapan semua......pandai2 suda. tapi nda pa. segala informasi dan cerita pengalaman hidup bukan sahaja untuk dijadikan pedoman untuk diri sendiri tapi juga untuk yang lain. terutama sekali bila kita jatuh dan bangun semula. kerna itulah....hari kita x selalu indah....malah keburukan itu datang dri kita sendiri

Chat ja la....