"Kenapa juga UPSR sama PMR mau kana mansuh?"

tadi time sa pigi hang out dgn kawan sa, kami duduk semeja sambil makan sambil bercerita. Well, memandangkan musim peperiksaan makin dekat, jadi banyak la kami ckp pasal prestasi adik masing2. adik sa nda paya ckp, teda blajar, teda tgk buku...tu PC mcm 7 eleven saja. jadi crita punya crita, tb2 kwn sa ckp "eh, bukan pmr sama upsr mo kena mansuh suda ka?"
sanalah topik mula muncul. jadi ada soalan"knapa juga UPSR sama PMR mo kana mansuh tu?"
untuk sepa2 yg x tau, memamg suda confirm peperiksaan2 akan dimansuhkan.


UPSR, PMR mungkin dimansuhkan: Muhyiddin



2010/06/20

MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

"Pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya," katanya.

Muhyiddin berkata, secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun, katanya, UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.
Beliau berkata, dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia," katanya. - BERNAMA





Bagi saya, sa juga menyokong pemansuhan ini. sebab kenapa? sbb sa rasa malaysia punya sistem pendidikan lebih kepada exam-oriented berbanding dengan negara luar yang lebih kepada knowledge oriented. Sebelum huru hara ni berlaku, sa suda difahamkan oleh lecturer2 sa yg malaysia ni melahirkan pelajar cemerlang yang hanya menghafal semua fakta dan zip zap zup drg lulus exam dgn cemerlang. jadi sa rasa ini tidak patut sbb kita mo melahirkan pelajar yg bukan saja cemerlang menghafal fakta tp juga kreatif mengolah fakta dan sihat mental dan fizikal. Bila sistem pendidikan terlalu khusus dlm peperiksaan, maka matlamat pelajar untuk cemerlang dlm semua aspek itu sudah tiada. Pelajar lebih bersifat robot sebenarnya dan hanya berfikiran tertutup. Wajarlah pelajar hanya boleh register subjek spm maksimum 12 subjek. bila org berlumba2 mo dpt paling banyak A di sekolah, kampung, negeri, negara....? Mana kemampuan drg mengembangkan IQ dan pemikiran drg. Tidak kreatif. Saya sendiri sdg berusaha mengkreatif kan pemikiran sa....cuba baca article, news sikit2, wikipedia, buat research sket2...sbb sa rasa ini perlu untuk seorang student dan bakal guru. Kekreativitian sa x la setanding kawan2 sa dalam klas sbb itu sa cuba mo duduk sama rendah, berdiri sama tinggi sama drg. sa xmo terlalu ketinggalan. x bermaksud student x perlu belajar menghafal. tp bila kita belajar, jgn hanya tertumpu pada kukurikulum saja. tgklah, amalina yg kena hantar p london after da pya achievement 18 A's spm. nah kana hantar malaysia balik. x tau la apa isu da tp kena ambil ikhtibar lah

tp sa x taw la dgn cara pemansuhan exam ni, boleh kah kerajaan capai hasrat drg mo create malaysian students yg drg harap, yg saya harap. xtaw la sbb sa x sure klu budak2 skolah ni faham pemansuhan exam ni. drg tau hepi gila babi ja tp mesej? hmmm....respon ibu bapa? sa confirm byk bantah kecuali sebahagian golongan ibu bapa yg berpendidikan. ibu bapa bergolongan celik dan bependidikan ni at least bleh faham hasrat kerajaan.

personal thought, mmg bgus lah sa sokong pemansuhan ini. tp klu pemansuhan UPSR tu sa kurang pasti. sbb At least student skolah rendah ni kena nilai. sbb perbezaan kukurikulum skolah rendah dan skolah menengah sgt jauh berbeza. jadi perlu ada penilaian sejauh mana kebolehan drg. tp mungkin juga peperiksaan di sekolah bleh membantu menilai. xtaw la.
tp PMR, jgn lah jadikan peperiksaan awam. itu seja lah....sa harap ini dpt explen kawan sa. mungkin x cukup isi..malas sa mo type lg...bung moktar kali ni sa

4 comments:

Leslie Michael Chang September 14, 2010 at 12:30 AM  

sa ada buat research sket, tu amalina masih d uk...yg ckp da gagal tu rumors seja...sa teringat tym sa baca artikel yg da kna hantar balik di malaysia tym sa di matrix...good 4 her

Unknown September 14, 2010 at 9:15 AM  

hurm..sy pun rasa ada baik dan buruknya jg kalo kasi mansuh tu upsr sama pmr...tp bg sy lebi kepada kebaikan la..sma la tu pendapat kita :)

tp ko rasa2 la..dgn malaysia yg masi lagi simpan budaya2 ni..ko rasa akan maju ka kalo masi bepikiran sempit?

tingu mcm si luca lucas terlalu sempit tu pemikiran.

ko rasa mcm mana mau kasi buka tu pemikiran sempit? hehe..

Leslie Michael Chang September 14, 2010 at 9:00 PM  

atukui...masi lg kuat o kan aura si luca lucas ni...haha. btl2...susa mo maju diri sendiri...apa lg mo maju negara sendiri. sa pun bukanlah berfikiran terbuka sgt. tp atleast kita bleh la trima kritikan sama pembaharuan. pembaharuan x bermaksud ada yg baru, yg lama hilang...

tp susa la juga kan...tp tiapa...kita masih membangun. pelan2 kita naik kio

donny September 24, 2010 at 5:50 AM  

nda patut dimansuh.nanti tu pelajar tamba jajal..haha

Click To support kama....

About Me

My photo
Penampang Sabah, disanalah tumpahnya darah saya. aiasehmen.... berminat dalam bidang nyanyian dan hiburan. walau apapun, tak kenal makan tak cinta...

Pengalaman mengajar kita....

Buat pertama kalinya saya mula menulis blog untuk tatapan semua......pandai2 suda. tapi nda pa. segala informasi dan cerita pengalaman hidup bukan sahaja untuk dijadikan pedoman untuk diri sendiri tapi juga untuk yang lain. terutama sekali bila kita jatuh dan bangun semula. kerna itulah....hari kita x selalu indah....malah keburukan itu datang dri kita sendiri

Chat ja la....