Guru oh guru......

Guru itu jurutera bangsa.

Guru itu penggerak negara.

Guru itu pendidik bangsa


Guru itu jurutera pembangunan negara.


Ya....sudah sedia maklum tanggungjawab seorang guru. Betapa beratnya beban dan janji yang dipikul oleh guru-guru malaysia. Sehingga ada ibu bapa yang memberi pengharapan penuh kepada ibu dalam melaksanakan usaha mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Malah ada yang meletakkan tanggungjawab mendidik membimbing anak-anak mereka 100% kepada guru. Bagaimana guru seorang mampu menjaga budak yang begitu ramai daripada anak mereka sendiri? Hai....sia mengeluh ni? hehehe....ibu bapa sekarang sudah pandai mengambil kesempatan terhdapa guru-guru. bukankah tanggungjawab mendidik sahsiah anak itu lebih kepada ibu bapa kerana anak-anak mereka membesar bersama mereka, merancang bersama mereka. Ibu bapa harus faham guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan bukan hanya seorang tetapi beratus budak-budak dibawah jagaannya. Mengapa ibu bapa menyandar tanggungjawab mereka kepada guru sedangkan pendidikan yang paling efektif ialah melalui ibubapa sendiri? Sibuk? menteri pun sibuk tetapi kebajikan anak tetapi dijaga. artis holiwood jangan disangkal lagi kerana mereka amat menitik berat soal keluarga daripada kerjaya mereka sebagai selebriti namun keseimbangan antara kerja dengan keluarga masih boleh dikecapi. Guru-guru mungkin mempunyai keluarga tersendiri. Jadi timbang rasa itu perlulah ada...

Tetapi saya hairan juga dengan sikap ibu bapa zaman sekarang. ada cikgu saya di sekolah lama meluahkan perasaan tidak puas hati dengan ibu bapa sekarang. Apabila guru menegur anak, anak naik hantu dan lapor kepada ibu bapa. hanya kerana teguran itulah ibu bapa sanggup datang ke sekolah untuk menegakkan keadilan terhadap anak mereka. bodoh.... Anak sendiri sudah melanggar peraturan tapi masih ingin menegakkan kebenaran. ceh! kalau kaya sangat hantar lah anak ko p skolah private....teda rules.......Pelajar dimarah untuk kebaikan mereka dan itu adalah sebahagian daripada proses mendidik. Selagi guru itu menegur, marah, kenalah sedar bahawa guru itu masih sayang dan mengambil berat dengan murid. tetapi jika guru itu meluat dengan karenah student, maka fikirkanlah sendiri.

Satu lagi berkenaan guru. Tanggungjawab guru yang berat. Dalam sekumpulan 100 guru, hanya berapa orang guru yang mengambil tanggungjawab ini secara serius? Bukan apa tapi saya sedar sebilangan guru buat endah x endah dengan kerjaya mereka seakan-akan pergi kerja dan pulang rehat, tunggu gaji bulan2. Saya sedih dengan sebilangan guru yang masuk kelas, duduk sepanjang kelas, kurang interaksi dan mengajar dengan membaca teks sahaja. Penggunaan lcd dan powerpoint membantu mereka dalam mengambil jalan mudah mengajar murid. membaca sambil menekan butang enter.....Murid gagal, salahkan kerajaan. salahkan murid sendiri tidak berusaha, mengharap penuh kepada guru. bagaimana seorang murid itu boleh berjaya tanpa bimbingan guru? hmm....terutama sekali guru lelaki. saya pun masih menuntut di pengajian tinggi dan masih bergurukan lecturer....tapi dalam masa 5 tahun lagi, sia akan bergelar guru. Pertama sekali saya kenala set minda supaya serius dalam bidang ini. kerana saya tidak ingin dilabelkan guru tidak berkualiti. walauapapun itulah norma kehidupan. hanya menunggu masa bila manusia akan ada kesedaran sivik. saya ni bukanlah sempurna tapi saya juga dalam usaha pembaikkan sahsiah diri. Kalau saya ada usaha, kenapa tidak anda?

0 comments:

Click To support kama....

About Me

My photo
Penampang Sabah, disanalah tumpahnya darah saya. aiasehmen.... berminat dalam bidang nyanyian dan hiburan. walau apapun, tak kenal makan tak cinta...

Pengalaman mengajar kita....

Buat pertama kalinya saya mula menulis blog untuk tatapan semua......pandai2 suda. tapi nda pa. segala informasi dan cerita pengalaman hidup bukan sahaja untuk dijadikan pedoman untuk diri sendiri tapi juga untuk yang lain. terutama sekali bila kita jatuh dan bangun semula. kerna itulah....hari kita x selalu indah....malah keburukan itu datang dri kita sendiri

Chat ja la....