selamat datang

Senang rasanya klu ada blog sebab semua pemikiran tertulis di papan screen lepas tu suma org berpeluang menilai dan mengkritik akal fikiran kita. pastu apa? pastu femes la..hehehe. dan blog kita ni tersurat untuk dibaca sesiapa saja malah sedunia untuk dikongsi. Syukur kita hidup di negara demokrasi dan sememangnya kita berhak bersuara untuk kepentingan sejagat juga. btul ka nda? tetapi ada persoalan menyatakan "adakah rakyat malaysia sudah benar-benar ready untuk bersuara?" kenapa tidak? sedangkan kita mempunyai hak kemanusiaan dan tidak salah untuk seseorang itu meluahkan pendapat dan idealoginya bahkan itulah bibit permulaan perkembangan dari aspek budaya dan masyarakat dan masyarakat itulah yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara. hehehe....mungkin kita lalai dan lupa bahawa kebebasan bersuara itulah juga berpotensi menjadi racun dalam perpaduan masyarakat. Pendapat 'main hentam saja' boleh mempengaruhi pemikiran rakyat dan hanya kerana serangkap kata mampu mencetuskan huru hara. seperti kes-kes blogger yang banyak ditahan polis kerana menyuarakan pendapat yang tidak berasas dan tiada batasan. selalunya blog2 seperti ini berbaur fitnah, hinaan, kontroversi, sensitiviti kaum dan agama dan macam2 lagi. Dengan rangkap-rangkap ayat ini, rakyat boleh mengubah persepsi mereka dari sesuatu yang positif kepada negatif dan seterusnya nama baik pihak tertentu menjadi arang yang dipijak. apa akan terjadi jikalau ini terjadi dalam masyarakat dan negara kita? kadang-kadang manusia hilang kewarasan semasa menaip. kuat makan tuhau mangkali. hehehehe...tetapi itulah juga keburukan kebebasan yang diberikan kepada kita sehingga sesetengah orang menjadi taksub dan mula bermaharajalela namun lupa akar umbinya.

walauapapun, kita masih berpeluang berpendapat dan menempatkan akal fikiran kita di ruang khas disediakan untuk dikongsi bersama. apa itu? apa ini? kenapa dia, kenapa beliau? kita kongsi maklumat bersama dengan penerapan nilai-nilai moral seiring dengan kewarasan. Pertikaian, perbahasan dan percanggahan kita selesaikan dengan baik untuk kebaikan sendiri dan mengubah cara kita berfikir bukan sahaja dari aspek diri sendiri tetapi juga mengambil contoh aspek orang lain. persepsi yang berbeza-beza itu lah yang mengajar kita dalam mengembangkan idealogi bukan menempatkan kita di bawah tempurung. peace!

0 comments:

Click To support kama....

About Me

My photo
Penampang Sabah, disanalah tumpahnya darah saya. aiasehmen.... berminat dalam bidang nyanyian dan hiburan. walau apapun, tak kenal makan tak cinta...

Pengalaman mengajar kita....

Buat pertama kalinya saya mula menulis blog untuk tatapan semua......pandai2 suda. tapi nda pa. segala informasi dan cerita pengalaman hidup bukan sahaja untuk dijadikan pedoman untuk diri sendiri tapi juga untuk yang lain. terutama sekali bila kita jatuh dan bangun semula. kerna itulah....hari kita x selalu indah....malah keburukan itu datang dri kita sendiri

Chat ja la....